KAUM CINA DI MALAYSIA
SEJARAH (by Trisha Vianessa)
Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Contohnya masyarakat Melayu, India, Cina, Iban, Murut, Kenyah, Kadazan, Orang Asli, dan banyak lagi. Masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pada halaman blog ini, saya ingin menceritakan tentang kaum Cina dengan lebih mendalam.
Kaum Cina ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakkan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakkan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Mlaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesemarataan dalam ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah hak milik ekonomi negara.
SUKU DIALEK
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor (terutamanya Kulai), Selangor ke Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah.
Sementara iti, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor (terutamanya Klang dan kawasan pantai Selangor) serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Kebelakangan ini, saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan (terutama Johor Bahru dan Pontian). Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakkannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakkannya berbahasa Kantonis dan Hakka.
Di selatan semenanjung Malaysia (terutamanya di Johor), bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura serta dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang terutamanya generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia timur pula, bahasa Hakka dan Mandarin laris ditutur kecuali Sibu, Sarawak yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan, Sabah dengan bahasa Kantonis. Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme.
TULISAN
Tulisan Cina terbahagi kepada dua cara iatu Tulisan Cina Ringkas dan Tulisan Cina Tradisional. Tulisan Cina Ringkas merupakan Hanzi (perkataan-perkataan Cina) yang telah dipermudahkan cara penulisannya oleh kerajaan China dengan matlamat untuk mempromosikan kebolehan membaca dan menulis di kalangan rakyatnya. Ini adalah kerana para penduduk miskin seperti petani dikatakan menghadapi kesukaran mempelajari tulisan tradisional.
Tulisan Cina Tradisional ialah salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina Tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

AGAMA
Kebanyakkan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism. Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya tradisional China, Buddha, Taoism, Konfusianisme dan penyembahan nenek moyang. Walaubagaimanapun, terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian, Hindu, Islam dan sebagainya.
PERAYAAN
Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-hutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau, bunga dan pokok limau sebagai simbol murah rezeki.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi sepeti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Golongan muda akan melawat tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah sebagai simbol bernasib baik. Ang pau diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Menyambut Tahun Baru Cina juga ada pantang larangnya. Contohnya bagi tuah yang baik ialah membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Selain itu, membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib keluarga sepanjang tahun. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada orang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Bagi tuah yang buruk pula contohnya ialah menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
Chap Goh Meh
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Meh. Chap Goh Meh disambut bagi menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Meh disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api juga dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Meh. Chap Goh Meh juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Meh seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa dan mengibarkan bendera besar "Chingay".
Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 sebelum masihi - 1341 masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 kalendar Cina iaitu akhir bulan Ogos atau awal bulan September.
Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan. Salah satu hidangan istimewa pada Perayaan Kuih Bulan ialah kuih bulan itu sendiri. Kuih bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha. Sambutan Hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja/Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, Waisak di Indonesia dan Wesak di Sri Lanka.
Pada Hari Wesak, penganut-penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi. Mereka akan memberikan penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan oleh simbol-simbol seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut Buddha juga akan melafazkan semulaTisarana atau Tiga Perlindungan iaitu Buddha, Dhamma dan Sangha. Hal ini adalah untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Selepas itu, penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak disambut oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia. Perayaan ini dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan untuk memperingati tiga peristiwa penting iaitu kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini, Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun dan Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun.
TARIAN
Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dalam kehidupan seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian yang sangat berkaitan dengan perayaan-perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga.
TARIAN SINGA
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Dalam tarian ini, penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu di bahagian kepala dan belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
TARIAN NAGA
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sebagaimana tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh itu, mereka telah mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga sejak dari zaman nenek moyang lagi.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan ini secara berbelok-belok dan beralun-alun. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranannaga yang menunjukkan kuasa dan maruah.
PAKAIAN
SAMFOO
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar, terbelah di depan, berkolar tinggi dan dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisioanal ini diperkenalkan sewaktu zaman Dinasti Ching.
CHEONGSAM
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Samfoo dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Cheongsam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dah berbelah di kiri dan kanannya.
MAKANAN
Orang Cina makan hampir semua jenis makanan termasuklah makanan kaum Melayu, India dan barat. Makanan orang Cina Malaysia mempunyai persamaan dan perbezaan dengan makanan orang Cina di China. Makanan Cina Malaysia adalah sama dengan makanan di selatan China. Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan sama ada dengan menggunakan bahan-bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam hidangan tempatan. Pertemuan budaya yang berbeza di Malaysia telah menghasilkan makanan yang menunjukkan unsur-unsur dari masyarakat yang berbeza.
Pengaruh dari kepedasan masakan Melayu juga boleh didapati dalam penemuan tempatan seperti mi kari, kari ayam dan ketam masak cili. Masakan campuran Melayu-Cina tertentu adalah masakan yang terkenal dari kalangan Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pengaruh masakan Peranakan boleh didapati dalam hidangan seperti laksa dan mi siam. Contoh-contoh makanan orang Cina:-
Bak Kut Teh
Mi Kolok
Mi Sua
Sup Wantan
Maka dengan ini sekian sahaja suntingan blog saya disini. Saya beharap agar apa yang saya tuliskan di ruangan ini dapat membantu anda untuk lebih memahami adat dan resam kaum Cina. Saya juga berharap agar laman blog saya ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan maklumat berkenaan kaum Cina. Selamat maju jaya!
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
2. http://1mbudaya.blogspot.my/2011/12/perayaan-perayaan-yang-disambut-oleh_31.html
3. https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
4.http://god-story.blogspot.my/2013/07/tarian-tradisional-kaum-cina-tarian.html
CERITA-CERITA TEMPAT BERSEJARAH (By Law Hui Ping)
1) Muzium Sejarah Cina
Muzium Sejarah Cina terletak di Kuching, Sarawak iaitu di Waterfront.Muzium ini dibina pada 1913,ia dibuka pada 1993 dan memaparkan sejarah orang Cina di Sarawak. Idea muzium ini dibina tercetus oleh Charles Vyner brBoke iaitu orang ketiga raja putih dan beliau ialah cucu kepada James Brooke, mahkamah ini sebenarnya dibina untuk bertujuan mengurus hal ehwal orang cina seperti pernikahan, perceraian dan sebagainya. Sebelum bangunan ini menjadi Muzium Bersejarah Cina, ia adalah makhamah orang Cina yang dikhaskan untuk orang Cina, sekarang Muzium Cina tersebut diurus oleh Jabatan Muzium Negeri Sarawak. Pengerusi pertama ialah kapitan Ong Tiang Swee. Mahkamah ini mempunyai 6 org hakim iaitu 6 jenis kaum Cina, selepas bertahun lamanya, Jabatan Muzium negeri meminta supaya mahkamah ini dijadikan Muzium Sejarah Cina.
Di muzium sejarah cina ini , telah memaparkan pelbagai jenis budaya orang cina sejak orang cina datang ke tanah melayu yang kini dikenal sebagai Malaysia. Berikut adalah contoh-contoh budaya dan sejarah orang cina sejak masa zaman dahulu.
Di muzium cina, terdapat kemudahan awam dahulu yang dipakai oleh orang cina semasa di Kuching. Kemudahan seperti beca , kapal dan lain-lain.
Ketua komuniti yang pernah mempertahanan hak orang cina dan memberi sumbagan kepada kalangan orang cina juga dipapar di muzium cina.
Alat-alat yang pernah dipakai dalam bidang agrikulture oleh kaum cina pada masa dahulu juga dapat dicari di muzium cina.